As in News
KPM - 2007/03/07
| PNS sasar wujudkan 1,000 francaisi berkualiti |
|
|
|
KUCHING 11 Mac Perbadanan Nasional Berhad (PNS), entiti yang berperanan memajukan perniagaan francais di Malaysia mahu melahirkan 1,000 francaisi berkualiti di sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengarah Urusannya, Rusdi Ibrahim berkata, golongan siswazah dan wanita merupakan sasaran untuk melahirkan lebih ramai usahawan francaisi yang memiliki daya tahan. Katanya, sasaran itu akan dijayakan menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah RMK-9. Untuk mencapai sasaran tersebut, kita juga akan memperluaskan produk francais dengan sasaran sekurang-kurangnya 50 produk baru dapat diwujudkan di sepanjang RMK-9. Produk makanan berasaskan pertanian seperti koko, pisang, makanan hasil laut merupakan antara sasaran produk baru dalam industri francais tempatan, katanya selepas Seminar Pendedahan Perniagaan Francais dan Ujian Kesesuaian Keusahawanan Francais di sini, hari ini. Seminar itu dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datuk Talib Zulpilip. Mengulas lanjut produk baru francais, Rusdi berkata, pihaknya mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan dalam industri asas tani seperti Lembaga Koko Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Beliau berkata, kerjasama itu bagi meneroka produk baru pertanian menggunakan teknologi tinggi. Selain agensi kerajaan katanya, PNS turut mengadakan kerjasama dengan syarikat tanaman pisang untuk eksport, Synergy Farm (M) Sdn. Bhd. di Seberang Perai, Pulau Pinang. Katanya, sebanyak 11 bakal francaisi sedang mengikuti kursus di Synergy Farm. Tumpuan francais di bidang pertanian sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan ia sebagai potensi baru perniagaan francais terutama di kalangan siswazah, katanya. Tambah Rusdi, PNS juga akan mengadakan kursus akreditasi francais dengan menggunakan modul sistem francais di Australia yang cukup berjaya. Beliau berkata, menerusi kursus itu, ia mampu melahirkan pengurus-pengurus francais yang profesional yang akan memberi nasihat kepada francaisi. Katanya, pengurus profesional ini juga akan membantu kewujudan francaisi yang berkualiti dan memiliki daya tahan dalam perniagaan yang mereka jalankan, Kita sentiasa memberi peluang kepada golongan siswazah dan wanita untuk menceburi perniagaan secara francais dengan menawarkan kursus serta model perniagaan sehingga RM2 juta, katanya. SUMBER : UTUSAN MALAYSIA, 12 MAC 2007 KPM - Google Cache |
| Bernama - 10 Aug 2007 |
| Thestar |
| Bernama |
| HalalJournal |
| RTM |
| KPM |
| TV News |
| Submit Question |
| Contact Us |
|
Peluang Pekerjaan |